Saleem selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Saleem selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Suasana hiba mengiringi pengebumian penyanyi terkenal Saleem atau nama sebenarnya, A. M. Salim Abdul Majeed di Tanah Perkuburan Islam Cheras Perdana dekat sini pada pukul 2 petang semalam.

Saleem, 57, menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 6.15 pagi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) semalam disebabkan komplikasi kemala­ngan yang dialami­nya sejak 21 September atau 24 hari lalu.

Isteri pelantun lagu Suci Dalam Debu, Juriah Bachok berkata, Allah­yarham ada meluah­kan hasrat untuk me­ngadakan konsert jelajah ke Indonesia sebelum terlibat dalam kemalangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam kea­daan sakit, arwah memberitahu, peminat di Indonesia sering berta­nyakan bila dia akan membuat persembahan di negara itu kerana mereka amat rindukan persembahan­nya,” kongsi Ju­riah ketika ditemui Kosmo! selepas penge­bumian suami­nya itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini