Pan Borneo kekal lebuh raya tanpa tol  - Utusan Malaysia

Pan Borneo kekal lebuh raya tanpa tol 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak akan kekal sebagai lebuh raya tanpa tol, kata Menteri Kerja Raya, Baru Bian.

Beliau berkata, sebaik mengambil alih pentadbiran kerajaan Persekutuan, Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai sebarang niat untuk mengenakan kutipan tol bagi Lebuh Raya Pan Borneo.

“Saya ingin memberi jaminan bahawa Lebuh Raya Pan Borneo tidak akan dikenakan tol. Ini janji kami (kerajaan Persekutuan),” katanya pada sidang akhbar berhubung kemajuan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini bahawa pembinaan lebuh raya tanpa tol tidak dapat diwujudkan.

Baru berkata, kenyataan perdana menteri itu adalah merujuk kepada lebuh raya di Semenanjung, dan menurutnya, model pembangunan serta pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo adalah berbeza dengan lebuh raya di Semenanjung. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini