Dua sepupu lemas ketika pergi mengaji - Utusan Malaysia

Dua sepupu lemas ketika pergi mengaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN 14 Okt. – Dua kanak-kanak lelaki bersepupu berusia enam tahun ditemukan lemas di dalam parit berhampiran rumah mereka di Permatang Cengkheroh, Kampung Merchong di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 2 petang itu, Muhamad Akif Aiman Adnan dan Mohamad Alif Nazim Sabri dikatakan melalui jalan di tepi parit berkenaan bersama dua lagi sepupu mereka untuk mengaji di rumah jiran.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Zaidi Mat Zin berkata, semasa melalui jalan tersebut kedua-dua mangsa tiba-tiba terjatuh ke dalam parit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kakak Muhamad Akif Aiman balik ke rumah dan memaklumkan kejadian itu kepada ibunya yang meminta pertolongan orang kampung untuk mencari mangsa.

“Bapa saudara mangsa berserta orang kampung kemudian bertindak menyelam dan menemukan kedua-dua mangsa di dasar parit itu,” katanya ketika dihubungi di sini.

 

Zaidi berkata, kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Nenasi dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di klinik berkenaan.

“Siasatan mendapati parit berkenaan ditenggelami air sedalam 1.8 meter yang datang dari sawah padi berhampiran.

“Mayat kedua-dua kanak-kanak berkenaan dibawa ke Hospital Pekan bagi tujuan bedah siasat,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini