NUSA DUA 14 Okt. – Bank Dunia hari ini mengumumkan pembiayaan dana bantuan sebanyak AS$1 bilion (RM4.2 bilion) kepada Indonesia selepas negara itu dilanda pelbagai bencana baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Dunia, Kristalina Georgieva mengumumkan dana berkenaan di Bali, di mana pertubuhan itu dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengadakan mesyuarat tahunan.
Georgieva berkata dana tersebut disalurkan dalam bentuk pinjaman dan boleh digunakan untuk memulihkan semula kawasan yang terjejas serta membantu Indonesia untuk bersiap-sedia menghadapi kemungkinan bencana pada masa akan datang.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Bencana akan terus melanda dan dengan perubahan iklim, ia akan terjadi dengan lebih banyak lagi,” kata Georgieva. – AFP











