Karnival TESMAL Kebangsaan 2018 - Utusan Malaysia

Karnival TESMAL Kebangsaan 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN 14 Okt. – Dua pelajar Sekolah Menengah (SMK) Cukai mengungguli pertandingan Sahibba sempena Karnival TESMAL Kebangsaan Sekolah Kluster Kecemerlangan 2018 yang berlangsung di SMK Mak Lagam (TESMAL) di sini semalam.

Alya Sofea Shukor dan Nurin Aina Basyirah M. Bakhtiar dinobatkan sebagai johan dan naib johan Sahibba manakala Arif Athmar Mohamed dari SMK Sultan Ismail Dua (SID) mendapat tempat ketiga dalam pertandingan yang melibatkan 32 penyertaan dari empat buah negeri.

Dalam pertandingan catur pula, johan bagi kategori Lelaki 12 disandang oleh Muhammad Irsyad Shamsul Bahari (SK Gong Badak) manakala Marrissa Sofea Hanim Mohd Ali ( SK Sungai Karang, Kuantan bagi kategori Perempuan 12.

Memuatkan artikel berkaitan…

Muhammad Hafizuddin Zulkifli (SMK Sultan Alam Shah, Putrajaya) muncul sebagai juara kategori Lelaki 15 bersama Nurul Izzati Mohd Nizal ( SMKA Datuk Haji Abbas, Kuala Nerus)

bagi kategori Perempuan 15.

Pelajar SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun, Muhammad Ajwad Zaini dan Muhammad Arief Fiqrie Muryadi dan Putri Maisara Khairul Nizat ( SMK Badrul Alam Shah, Kemasik) menjuarai kategori Lelaki dan Perempuan 18.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin.

Yang Turut hadir, Penolong Pengarah Pengurusan Projek Khas / Sekolah Berasrama Penuh (SBP)/ Kluster, Jabatan Pendidikan negeri, Juliza Mohd Zakaria; Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman, Idris Bidin dan Pengetua TESMAL, Fatimah Haron. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini