Raja Muda Perlis sertai pertandingan woodball sempena Hari Sukan Negara - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis sertai pertandingan woodball sempena Hari Sukan Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU 14 Okt. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyertai pertandingan woodball tertutup sempena Hari Sukan Negara di Laman Woodball Antarabangsa Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra (KSSSAP), Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Pauh Putra di sini semalam.

Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Persatuan Woodball Perlis (PWPs) dengan kerjasama Pejabat Raja Perlis; Unimap; Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.

Pertandingan itu disertai oleh ketua-ketua jabatan, agensi kerajaan negeri, Persekutuan serta pihak swasta.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tempat pertama dimenangi oleh Setiausaha Kehormat PWPs, Rusli Abd. Hamid manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing diungguli oleh Pegawai Memerintah 4 Rejimen Renjer Diraja (RRD) Azhar Ahmad dan Pengarah Jabatan Pertanian negeri, Zulkifli Mat Amin.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Keselamatan Unimap, Datuk Zull Aznam Haron memenangi hadiah saguhati.

Turut berlangsung serentak di padang bersebelahan ialah perlawanan akhir kejohanan liga woodball merebut Piala Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) 2018 yang dijuarai oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKNPs).

JKNPs menumpaskan pencabarnya, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Perlis dengan keputusan 3-2.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPS) dan juara bertahan, Unimap berkongsi tempat ketiga selepas terkandas di peringkat separuh akhir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini