Aktiviti balak punca bertambah sungai yang tercemar - Utusan Malaysia

Aktiviti balak punca bertambah sungai yang tercemar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Okt. – Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati jumlah sungai yang tercemar di negara ini meningkat sehingga 11 peratus, iaitu pada 2017 berbanding hanya sembilan peratus pada 2013.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar berkata, peningkatan tersebut didapati berpunca daripada aktiviti pembalakan yang tidak terkawal dan pembukaan tanah secara besar-besaran di beberapa buah negeri.

MENTERI Air, Tanah dan Sumber Asli Dr. A. Xavier Jayakumar berucap pada majlis sambutan Hari Sungai
MENTERI Air, Tanah dan Sumber Asli Dr. A. Xavier Jayakumar berucap pada majlis sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan 2018 dan Pelancaran Aplikasi ‘River of Life Citizen’s Eye App’ di Pejabat Lembangan Sungai Kelang (PLSK), Jabatan Pengairan & Saliran, Kuala Lumpur hari ini. – UTUSAN ONLINE/ AMIR KHALID

“Ini terutamanya di Kelantan, Pahang, Kedah dan sedikit di Perak, yang kita dapati jumlah sungai yang tercemar bertambah di negeri-negeri tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini selain berpunca daripada mentaliti masyarakat yang masih rendah dalam usaha memelihara alam sekitar dengan menjadikan aliran sungai sebagai lokasi mereka membuang pelbagai jenis sampah dan kotoran,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan 2018 yang bertemakan “Alam Semula Jadi Demi Air” di Pejabat Lembangan Sungai Klang, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kolam Takungan Batu, Jalan Sultan Azlan di sini, hari ini.

SEBAHAGIAN orang awam melihat pemandangan sungai menggunakan jambatan gantung di Taman Negeri Selang
SEBAHAGIAN orang awam melihat pemandangan sungai menggunakan jambatan gantung di Taman Negeri Selangor sempena sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan 2018 dan Pelancaran Aplikasi ‘River of Life Citizen’s Eye App’ di Taman Negeri Selangor, Kuala Lumpur hari ini. – UTUSAN ONLINE/ AMIR KHALID 

Yang turut hadir, Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad, Ketua Setiausaha Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Dr. Tan Yew Chong, Ketua Pengarah JPS, Datuk Ir. Dr. Md. Nasir Md. Noh dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini