Dua maut, seorang lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands - Utusan Malaysia

Dua maut, seorang lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS – Dua individu dikhuatiri maut manakala seorang lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh di Batu 49 Kampung Tiga, Kuala Terla di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Mohd. Hilmi Kashfi Mat Zali berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada pukul 11.03 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian. 

“Berdasarkan maklumat awal, kejadian tersebut berlaku apabila lereng bukit runtuh sebelum menimpa sebuah rumah. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Difahamkan, terdapat dua individu warga asing maut manakala seorang lagi masih hilang dalam kejadian ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi. 

Tambah Mohd. Hilmi Kashfi, operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini