Gerakan nafi sertai Pakatan Harapan - Utusan Malaysia

Gerakan nafi sertai Pakatan Harapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Okt. — Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Seri Mah Siew Kiong menafikan desas-desus kononnya parti pimpinannya itu bakal menyertai Pakatan Harapan.

MAH SIEW KIONG
MAH SIEW KIONG 

Ia adalah berikutan kemunculan bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu di Port Dickson, Negeri Sembilan bersama-sama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK), Parlimen Port Dickson, baru-baru ini.

Siew Kiong menegaskan, pihaknya tidak pernah mengadakan perbincangan dengan mana-mana parti pemerintah dalam soal tersebut, apatah lagi bertemu pemim­pin mereka bagi menyatakan hasrat untuk menyertai Pakatan Harapan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Gerakan kini menjadi sebuah parti yang bebas dan tidak memihak kepada mana-mana pihak. Bagaimanapun kita akan berkerjasama dengan parti-parti yang senada dengan perjuangan Gerakan,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama di Persidangan Perwakilan Tahunan Pemuda dan Wanita Wilayah Persekutuan di Ibu Pejabat Gerakan di sini hari ini.

Turut hadir Naib Presiden Gerakan, Datuk A. Kohilan Pillay. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini