Dua warga asing ditahan seludup cengkerang penyu - Utusan Malaysia

Dua warga asing ditahan seludup cengkerang penyu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMPORNA 15 Okt. – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menggagalkan aktiviti penyeludupan cengkerang penyu dengan penahanan dua suspek warga asing berhampiran perairan Kampung Labuan Haji, Pulau Bum-Bum di perairan Semporna, di sini awal pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, penahanan itu dilakukan ketika bot ronda Maritim Malaysia sedang menjalankan rondaan di kawasan berkenaan kira-kira pukul 4.30 pagi itu.

“Ketika bot rondaan Maritim Malaysia cuba menghampiri sebuah bot, kelihatan dua orang awak-awak berusia 38 dan 52 tahun disyaki tidak mempunyai pengenalan diri yang sah berada di dalamnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil pemeriksaan ke atas bot tersebut berjaya menemukan cengkerang dan peralatan memburu penyu yang dipercayai untuk tujuan penyeludupan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Norrimi menambah, jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM3,000 termasuk sebuah bot dan enjin bot pam.

“Kesemua suspek bersama bot, muatan cengkerang penyu ditahan dan dirampas untuk ditunda ke Jeti Kem Azumi Semporna.

“Kes disiasat di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997  dan Akta Imigresen 1959/63,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini