22 mati akibat tanah runtuh di Sumatera Utara - Utusan Malaysia

22 mati akibat tanah runtuh di Sumatera Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANDAILING NATAL, Indonesia – Sekurang-kurangnya 22 orang maut dan ramai lagi hilang selepas hujan lebat me­ngakibatkan banjir kilat dan tanah runtuh di barat Indonesia, kata seorang pegawai semalam.

Hujan lebat berterusan sejak Rabu lalu menyebabkan banjir dan tanah runtuh yang menimpa lebih 24 kampung di daerah Mandailing Natal di wilayah Sumatera Utara.

Sebanyak 11 daripada mangsa dikatakan melibatkan penghuni di sebuah sekolah agama berasrama yang tertimbus dalam runtuhan tanah, kata Ketua Agensi Bencana Sumatera Utara, Riadil Lubis.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berpuluh-puluh rumah musnah dalam kejadian itu.

“Agensi penyelamat bencana telah pergi ke daerah tersebut, namun dihalang dengan beberapa lagi tana­h runtuh di beberapa kawasan, kata Riadil kepada agensi berita AFP.

Tanah runtuh dan banjir merupakan perkara biasa di Indonesia, satu kawasan luas kepulauan tropika yang terdedah kepada bencana alam dan hujan lebat.

Pada Februari lalu, 12 orang terbunuh apabila berlaku runtuhan lumpur dan batu dari cerun curam di Jawa Tengah, pulau utama Indonesia.

Pada Jun 2016, hampir 50 maut apabila hujan lebat menyebabkan arus deras terdiri daripada air, lumpur dan batu melanda kampung-kampung yang juga berlaku di wilayah Jawa Tengah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini