Nabila Razali dikritik bertudung singkat - Utusan Malaysia

Nabila Razali dikritik bertudung singkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARU-BARU ini, Diva berkesempatan untuk membelek laman sosial.

Bukan apa, Diva nak tahu juga berita-berita terkini dan melihat fesyen selebriti kita ke acara berprestij, Anugerah Bintang Popular ke-31 yang diadakan baru-baru ini.

Maklumlah, Diva pada malam anugerah itu bekerja, tidak sempat menonton barisan selebriti terkenal di kaca televisyen.

Memuatkan artikel berkaitan…

Diva perasan selain ada yang mempertikaikan kemenangan sesetengah selebriti pada anugerah itu, ada juga netizen yang mengkritik fesyen artis yang hadir. Antara selebriti yang dikritik ialah penyanyi, Nabila Razali.

Netizen mendakwa, pemakaian Nabila pada acara itu tidak sopan sebagai wanita bertudung kerana potongan busana merah jambu yang dipakai penyanyi itu mengikut bentuk badan.

Tidak cukup dengan itu, ramai juga kurang senang dengan gaya tudung yang dipakainya pada malam itu. Kata netizen, tudung Nabila terlalu singkat dan tidak menutupi bahagian dadanya.

Selain fesyennya dikecam, netizen juga turut mengkritik suara Nabila yang dikatakan sumbang ketika membuat persembahan bersama Ismail Izzani pada malam itu.

Macam-macam, tetapi mungkin ada betulnya juga pandangan netizen tersebut.

Apa pun, Diva harap Nabila mengambil iktibar dan lebih bersikap berhati-hati dalam mengenakan pakaian.

Diva: Semoga kemelut antara penyanyi, Aishah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida dapat diselesaikan dengan segera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini