KUALA LUMPUR 13 Okt. – Kejohanan Liga Sukan Untuk Semua (LiSUS) peringkat kebangsaan ditunda pada esok selepas tiga pemain futsal cedera akibat dipanah petir di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, di sini petang tadi.
Ketiga-tiga mangsa telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan sedang menerima rawatan kecemasan.
Pihak KBS ingin menegaskan yg keselamatan & kebajikan ketiga-tiga mangsa adalah keutamaan dan akan memaklumkan sebarang perkembangan dengan kadar segera.
Memuatkan artikel berkaitan…— KBS (@KBSMalaysia) October 13, 2018
Dalam satu kenyataan, Unit Komunikasi Korporat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan kejadian berkenaan berlaku kira-kira pukul 4.30 petang tadi.
“Kesemua mangsa sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
“Pihak KBS ingin menegaskan yang keselamatan dan kebajikan ketiga-tiga mangsa adalah keutamaan dan akan memaklumkan sebarang perkembangan dengan kadar segera,” katanya, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











