Jumlah korban di Sumatera meningkat kepada 21 - Utusan Malaysia

Jumlah korban di Sumatera meningkat kepada 21

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 13 Okt. – Banjir dan tanah runtuh disebabkan oleh hujan lebat telah mengorbankan sekurang-kurangnya 21 penduduk, termasuk 11 kanak-kanak dan 15 lagi masih hilang serta beratus-ratus kediaman musnah , menurut pihak berkuasa.

Lebih 500 buah rumah di wilayah Sumatera Utara dan Sumatera telah dibanjiri atau rosak, dengan beberapa rumah dibawa oleh arus banjir, sekaligus memusnahkan tiga jambatan gantung.

“ Perpindahan serta operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan. Kampung yang terjejas kebanyakannya di pergunungan dan akses menjadi sukar, disebabkan jalan yang rosak,” kata jurucakap Badan Pengurusan Nasional Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di Sumatera Utara, 11 kanak-kanak yang belajar di sebuah sekolah maut selepas dinding kelas mereka runtuh ketika sungai berdekatan dinaiki air .

“Mangsa tertimbus di dalam lumpur dan serpihan dinding,” tambah Sutopo.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini