PORT DICKSON 13 Okt. – Majoriti undi yang diterima Datuk Seri Anwar Ibrahim setakat ini dikatakan telah melebihi undi majoriti yang diperoleh Datuk Danyal Balagopal Abdullah semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.
Unofficial, @anwaribrahim has surpassed the GE14 majority achieved by Dato’ Danyal Balagopal Abdullah
Total votes counted: 36,335
DSAI: 25,409 (69.93%)
Majority: 18,790
Majority GE14: 17,710Memuatkan artikel berkaitan…7.33pm
— Fahmi Fadzil (@fahmi_fadzil) October 13, 2018
Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, keputusan tidak rasmi setakat pukul 7.33 petang tadi selepas 36,335 undi dikira, Anwar telah memperoleh kira-kira 25,409 undi.
“Tidak rasmi, Anwar Ibrahim telah melebihi majoriti yang diperoleh Datuk Danyal Balagopal Abdullah.
“Jumlah undian dikira: 36,335, Datuk Seri Anwar Ibrahim 25,409, (69.93%) majoriti 18,790, majoriti PRU-14 17,710,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya, hari ini. – UTUSAN ONLINE











