MEXICO 13 Okt. – Jumlah kematian dianggarkan terus meningkat minggu ini selepas Taufan Michael membadai dengan ratusan lagi tidak dapat dipastikan di Florida Panhandle memusnahkan sebahagian besar kediaman sehingga terputus bekalan elektrik.
Semalam, pihak berkuasa memaklumkan sekurang-kurangnya 18 terkorban akibat bencana itu di Florida, Georgia, North Carolina dan Virginia.
Pasukan penyelamat , yang terhalang oleh gangguan bekalan elektrik dan telefon, telah ke setiap kediaman serta menggunakan khidmat anjing pengesan, dron dan jentera berat untuk mencari mangsa yang terperangkap dalam runtuhan di pantai Mexico, dan komuniti pantai Florida lain seperti Port St. Joe dan Panama City.
“Kita masih lagi tidak dapat masuk ke kawasan yang terjejas teruk,” kata Pentadbir Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) , Brock Long sambil menyatakan bahawa beliau menjangkakan lebih banyak lagi penduduk yang maut.-REUTERS











