2 maut kemalangan di NKVE - Utusan Malaysia

2 maut kemalangan di NKVE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Dua maut, manakala empat ahli keluarga mereka termasuk seorang bayi tujuh bulan parah apabila kereta Honda dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan tiga buah lori di Kilometer 14.5, Lebuh Raya Baharu Lembah Klang (NKVE) arah selatan berhampiran Plaza Tol Subang hari ini.

Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 pagi itu ialah M. Rajkumar, 23, dan wanita dipercayai kakak ipar­nya, K. Dhurga Dewi, 30.

Empat ahli keluarga mereka yang cedera ialah K. Herranyah (bayi); M. Kartik, 26; M. Saroja, 49, dan M. Ugadharma, 12.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan kedua-dua mangsa yang maut dan keluarga mereka dalam perjalanan dari Alor Setar, Kedah menuju ke Johor.

Lima lagi mangsa yang cedera terdiri daripada tiga pemandu lori dan dua kelindan.

Kesemua mangsa yang cedera menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Peta­ling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, kemalangan berlaku berhampiran Damansara menghala ke Tol Subang apabila sebuah lori treler membawa ratusan kampit simen terbabas lalu terbalik bersama muatan di lorong tengah lebuh raya yang basah kerana hujan lebat.

Menurutnya, kereta Honda yang berada di belakang tidak sempat mengelak dan merempuh kampit simen yang terjatuh di lorong tengah.

“Sebuah lori bonded 10 tan yang berada di belakang berhenti di lorong paling kiri selepas ternampak kemalangan.

“Ketika lori bonded itu ingin memulakan perjalanan, tiba-tiba sebuah lori kontena datang dan melanggar bahagian kanan kenderaan tersebut selepas merempuh belakang lori simen yang terbalik lalu berpusing dan menghimpit pula kereta Honda,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd. Zani memberitahu, akibat dihimpit, dua penum­pang kereta Honda tercampak keluar dari kenderaan dan di­sahkan maut di lokasi kejadian.

Ujarnya, berikutan kemala­ngan tersebut, keadaan lebuh raya sesak teruk dari kedua-dua arah berikutan tiga lorong ditutup bagi melakukan kerja-kerja pembersihan.

Tambahnya, polis telah menahan kesemua pemandu kenderaan terlibat bagi membantu siasatan, manakala kedua-dua mayat tekah dihantar ke PPUM untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1957,” katanya.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta menghubungi Inspektor Mohamad Al Rassid Mohd. Borhanudin di talian 019-9905570.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini