AMPANG – Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan memberi keterangan palsu berkaitan seorang wanita yang didakwa mengedar dadah pada Jun lalu.
Tertuduh Herwadey Hashim, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Suzana Hussin.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah memberi keterangan palsu dengan maksud hendak menyebabkan Sarina Kasim, 34, yang bekerja di sebuah syarikat swasta disabitkan dengan kesalahan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Di bawah akta itu, Sarina boleh dihukum gantung sampai mati.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Ampang Jaya di sini pukul 11.30 pagi pada 29 Jun lalu.











