Rusia teruskan misi ke ISS - Utusan Malaysia

Rusia teruskan misi ke ISS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW 12 Okt. – Rusia akan tetap meneruskan rancangan ‘perjalanan’ ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada Disember ini walaupun berlaku kegagalan berlepas melibatkan kapal angkasa Soyuz, semalam.

Agensi berita TASS memetik kenyataan pegawai agensi angkasa lepas Rusia, Sergei Krikalev berhubung perancangan tersebut sehari selepas angkasawan Rusia, Alexei Ovchinin dan angkasawan Amerika Syarikat (AS), Nick Hague terpaksa melakukan pendaratan cemas di Kazakhstan ekoran kegagalan itu.

Krikalev menambah, rancangan untuk Disember ini mungkin juga berubah bergantung kepada hasil keputusan suruhanjaya yang ditubuhkan bagi menyiasat kejadian itu. – REUTERS

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini