Kerajaan PH berbohong demi menang PRU-14? - Utusan Malaysia

Kerajaan PH berbohong demi menang PRU-14?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 12 Okt. – Pengakuan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa lebuh raya tanpa tol adalah perkara mustahil menunjukkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sudah melakukan pembohongan semata-mata untuk menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

NIK SAIFUL
NIK SAIFUL ADLI

Exco Pemuda UMNO, Nik Saiful Adli Burhan berkata, ketika Barisan Nasional (BN) mentadbir negara, sebilangan tol di Lebuhraya Persekutuan dan beberapa lebuh raya lain telah dihapuskan.

Katanya, tujuan kutipan tol dibuat hanyalah bagi membiayai kos pembinaan manakala kos bagi penyelenggaraan selepas itu seharusnya tidak lagi menjadi beban kepada rakyat sebagai pengguna.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimana dengan Lebuh Raya Pan Borneo, Lebuh Raya Central Spine Road, Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai yang semuanya tanpa tol mampu dibuat kerajaan sebelum ini yang dituduh sebagai pencuri? Kalau begitu, lebih baik ‘pencuri’ yang memerintah.

“Manifesto sebagai bukan janji dan bukan kitab suci kini hanya menjadi bahan lawak oleh rakyat. Pengakuan ini seharusnya dilihat rakyat sebagai pengakuan oleh kerajaan bahawa mereka berbohong untuk menang dalam pilihan raya.

“Jika begitu, benarlah kata peribahasa, siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Nik Saiful, walau apa pun alasan yang diberi, kebajikan dan kesenangan rakyat wajib diberi keutamaan kerana mereka mengundi PH bukan kerana bencikan BN, tetapi kerana percayakan janji mengenai Malaysia yang lebih berkebajikan.

“Fasiliti dan kemudahan asas untuk rakyat selama-lamanya akan menjadi tanggungjawab kerajaan di mana-mana sahaja di dunia ini.

“Jika semuanya berbayar dan diswastakan, maka tiada guna memilih kerajaan dalam pilihan raya. Ini seolah-olah kita swastakan negara terus, Perdana Menteri dan Kabinet pula yang menjadi Pengarah Syarikat atau CEO (Ketua Pegawai Eksekutif),” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini