Lagi anggota polis ditahan reman - Utusan Malaysia

Lagi anggota polis ditahan reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 12 Okt. – Seorang lagi anggota polis ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menerima rasuah dan melindungi aktiviti pengedaran serta pemilikan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 sejak 2014 hingga kini.

Perintah reman ke atas suspek berusia 44 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Stephanie Sherron Abbie pagi ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Permohonan reman dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Faliq Basirudin bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dijalankan.

Suspek bersama 11 anggota yang direman Selasa lalu dipercayai melakukan perbuatan itu ketika bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik sekitar negeri ini dengan menerima transaksi wang secara berkala iaitu harian, mingguan dan bulanan bertujuan melindungi pesalah bagi kes dadah di bawah akta berkenaan.

Tangkapan terbaharu yang dilakukan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud, semalam, menjadikan jumlah suspek ditahan sebanyak 13 orang melibatkan 12 tangkapan di Sabah dan seorang di Sibu, Sarawak antara pukul 2 petang hingga 8 malam.

Operasi tangkapan di negeri ini melibatkan 10 suspek di Kota Belud, seorang di Kota Kinabalu dan seorang di Beluran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini