Identiti mangsa rentung dikenal pasti - Utusan Malaysia

Identiti mangsa rentung dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 12 Okt. – Identiti kesemua lima individu yang maut dalam kemalangan di Kilometer 255.3, Lebuh Raya Utara Selatan pada Sabtu lalu telah dikenal pasti.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintenden Ahmad Adnan Basri berkata, mereka ialah Yew Poi Shy, 37, perempuan (pemandu); Yew Yi Chen, 1 tahun 3 bulan (bayi lelaki); Teo Wee Tatt , 46,( lelaki); Lee Len Ying, 60, (perempuan) dan Shaw Swee Me, 42, (perempuan).

Menurutnya, identiti mangsa dikenal pasti hasil laporan keputusan ujian asid deosiribonukleik (DNA) dari Jabatan Kimia Petaling Jaya, Selangor.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Ahmad Adnan berkata, pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan tersebut akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar hari ini.

“Pemandu tersebut akan didakwa di bawah Seksyen 44 (1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Dalam kemalangan pada pukul 11.47 pagi Sabtu lalu, kesemua mangsa yang menaiki kereta jenis Kia Forte, rentung setelah kenderaan yang dinaiki terbakar akibat dirempuh sebuah treler membawa bijih besi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini