Jumlah mangsa banjir di Kedah semakin berkurangan - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa banjir di Kedah semakin berkurangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir di Kedah turun kepada 158 mangsa daripada 48 keluarga berbanding 299 mangsa daripada 100 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Setar dan Pendang.

Menurut laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat pukul 8 pagi, sebanyak dua PPS dibuka di Kota Setar dan satu di Pendang.

Di Kota Setar, seramai 101 mangsa daripada 33 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gunung manakala 19 mangsa daripada tiga keluarga di PPS SK Titi Gajah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di Pendang, PSS Dewan Serbaguna Pendang yang dibuka Rabu lalu menempatkan 38 mangsa daripada 12 keluarga.

Jumlah mangsa banjir berkurangan selepas mangsa dibenarkan pulang berikutan keadan cuaca semakin baik sejak semalam. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini