Empat lagi emas dituai - Utusan Malaysia

Empat lagi emas dituai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Okt. – Kontinjen negara memenangi empat lagi pingat emas sambil memperbaharui dua rekod Sukan Para Asia di Jakarta hari ini.Mu­hammad Nur Syaiful Zulkafli dan Ridzuan Puzi memper­baharui rekod dalam laluan masing-masing untuk memenangi pingat emas, sekali gus membantu kontinjen negara mengumpul 13 pingat emas ketika temasya masih berbaki dua hari.

Atlet renang para negara Muhammad Nur Syaiful memperbaharui rekod acara 50m lelaki gaya bebas S5 (kecacatan anggota kaki) selepas menamatkan persaingan dengan masa 34.09 saat (s) untuk memadam rekod lama milik perenang Vietnam, Vo Thanh Tung (35.56s) yang dilakukan di Guangzhou pada 2010.

Sementara itu, juara Paralimpik Rio, Ridzuan memenangi emas ketiga peribadinya selepas menjuarai acara lompat jauh T36 (cerebal palsy).

Memuatkan artikel berkaitan…

Ridzuan, 31, menang dengan jarak 5.49 meter (m) sekali gus memperbaharui rekod kejohanan miliknya 5.42m dan turut memadam rekod Asia 5.43m dilakukan atlet China, Yang Yifei di Beijing pada 2016.

Dua lagi emas diraih menerusi Nur Azlia Syafinaz Mohd. Zais dalam acara lumba basikal kejar mengejar individu wanita kategori B dan tenpin boling berpasukan campuran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini