Tiada perubahan cuti sekolah - Utusan Malaysia

Tiada perubahan cuti sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa setakat ini tiada sebarang perubahan pada kalendar cuti persekolahan tahun hadapan dan ibu bapa serta guru diminta supaya jangan panik.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, pihaknya belum menerima kertas cadangan atau kertas kerja daripada Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan berhubung cadangan pelaksanaan cuti sekolah secara berperingkat membabitkan negeri-negeri mulai tahun depan.

“Setakat ini belum ada apa-apa keputusan (mengenai cuti sekolah) dan perbincangan hanya akan diadakan sekiranya terdapat permintaan (dari­pada Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ada yang sudah risau dan bertanya dengan saya mengenai perkara ini (cadangan cuti sekolah berperingkat) kerana ada ibu bapa yang sudah mempunyai perancangan, malah ada yang sudah tempah tiket kapal terbang,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini