Jenazah Allahyarham Nazrin tidak akan dikebumikan esok - Utusan Malaysia

Jenazah Allahyarham Nazrin tidak akan dikebumikan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jenazah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd., Allahyarham Nazrin Hassan tidak akan dikebumikan pada hari esok seperti mana yang dimaklumkan sebelum ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pengebumian jenazah Nazrin itu ditangguhkan adalah kerana proses bedah siasat masih lagi belum selesai.

“Buat masa ini kita perlu menunggu sehingga patologi selesai melakukan bedah siasat. Selepas itu barulah proses pengebumian akan dilakukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun begitu, kami tidak mengetahui bila proses bedah siasat itu akan selesai,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memberitahu jenazah Allahyarham Nazrin yang digali semula Isnin lalu untuk bedah siasat kali kedua dijangka akan dikebumikan pada hari esok. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini