Bomba Johor bersiap sedia hadapi musim tengkujuh - Utusan Malaysia

Bomba Johor bersiap sedia hadapi musim tengkujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 10 Okt. – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri ini akan memastikan kesemua 2,228 pegawai dan anggotanya bersedia untuk menghadapi musim tengkujuh penghujung tahun ini.

Pengarah JBPM negeri yang baharu, Datuk Yahaya Madis berkata, jumlah itu merangkumi kesemua pegawai tetap, pegawai bomba bantuan dan bomba sukarela. 

“Bomba sentiasa bersedia untuk menghadapi pelbagai jenis bencana dan ini termasuklah persediaan bagi menghadapi musim tengkujuh. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain memastikan kesemua pegawai dan anggota dalam keadaan siap siaga, kami juga memastikan kesemua 63 bot penyelamat dan 148 kenderaan utiliti dalam keadaan baik,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Tabik Hormat Pengarah JBPM negeri yang baharu di Ibu pejabat JBPM negeri, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini