Batik Fun Walk 2018 sasar lebih 3,000 peserta - Utusan Malaysia

Batik Fun Walk 2018 sasar lebih 3,000 peserta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Okt. – Yayasan Budi Penyayang Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan menganjurkan Batik Fun Walk 2018 di Balai Seni Negara, di sini pada 4 November ini.

Acara tahunan yang masuk kali ke-16 itu menyasarkan lebih 3,000 peserta berbilang kaum yang akan berjalan kaki sejauh 3.8 kilometer sambil memperagakan batik Malaysia secara kreatif dalam pelbagai cara dan gaya pemakaian.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata, program itu bertujuan mempromosikan batik sebagai seni warisan negara selain menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, program yang bermula dari pukul 6.30 pagi hingga 11 pagi ini juga bertujuan mengumpul dana yang diperoleh melalui yuran penyertaan untuk disumbangkan kepada Penyayang Pesakit Kanser.

“Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan antaranya aktiviti mewarna batik, cabutan bertuah, kuiz, persembahan artis dan jualan food truck,” katanya dalam sidang akhbar program berkenaan di sini hari ini.

Menurutu beliau, acara itu akan mempertandingkan lima kategori iaitu peserta paling muda, peserta paling tua, kumpulan paling ramai dan individu serta keluarga berpakaian batik paling kreatif dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM20,000.

Orang ramai yang ingin menyertai program itu boleh mendaftar di laman web https://event.howei.com/event/batik-fun-walk-2018 dengan bayaran yuran RM35 bagi dewasa dan percuma untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini