Makmal proses dadah di Klang diserbu - Utusan Malaysia

Makmal proses dadah di Klang diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 9 Okt. – Sebuah makmal memproses dadah di kawasan kilang di Telok Gong di sini diserbu polis pada 3 Oktober lalu sekali gus membawa rampas dadah jenis syabu bernilai RM200,000.

Serbuan kira-kira pukul 8 pagi itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan hasil maklumat dan risikan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, serbuan itu turut berjaya menahan lima lelaki berumur 25 hingga 31 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dua daripada yang ditahan ialah warga tempatan yang juga adik beradik dan pemilik kilang tersebut manakala dua lagi warga Bangladesh dan seorang warga Iraq.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas 412 gram dadah yang dianggarkan bernilai RM200,000 selain menyita peralatan membuat dadah, dua kereta Mazda 3 dan sebuah lori Isuzu,” katanya dalam sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Tambah Shamsul Amar, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini