KDNK Malaysia kekal dalam kedudukan pertumbuhan pada 2019 - BNM - Utusan Malaysia

KDNK Malaysia kekal dalam kedudukan pertumbuhan pada 2019 – BNM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia akan terus berkembang pada 2019, disokong oleh ekonomi dan komposisi eksportnya yang pelbagai, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Yunus.

Walaupun persekitaran luaran yang mencabar, beliau berkata, ekonomi domestik dijangkakan kekal positif tahun ini, didorong oleh aktiviti sektor swasta yang mantap dan inflasi yang sederhana.

“Aktiviti sektor swasta akan menjadi pemacu utama untuk pertumbuhan bagi sepanjang tahun 2018 dan 2019.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kedudukan pasaran buruh yang menggalakkan, iaitu sektor swasta yang mantap yang mempunyai pertumbuhan pekerjaan yang tinggi dan peningkatan ketara sentimen pengguna, akan menyokong penggunaan swasta,” katanya pada Persidangan Pelabur Malaysia: A New Dawn di sini.

Nor Shamsiah berkata, kestabilan dasar Malaysia dan pasaran kewangan yang kukuh, membolehkan negara untuk menampan kejutan luaran dan memastikan pertumbuhan.

Struktur ekonomi yang pelbagai, selain produk dan pasaran eksport yang beraneka ragam, memberikan Malaysia daya tahan untuk menghadapi masalah global dan domestik, katanya.

Mengenai risiko penurunan, beliau percaya ketegangan perdagangan semasa menganggu pertumbuhan perdagangan global dan menjejaskan ekonomi Malaysia, namun pengantaraan kewangan masih berada pada tahap yang sihat.

“Kami mempunyai dasar untuk memastikan kecairan dalam sistem kewangan mencukupi untuk menyokong aktiviti pengantaraan,” kata Nor Shamsiah sambil menambah pendirian kewangan semasa sesuai, kondusif dan menyokong pertumbuhan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini