Rumah teres musnah akibat kebakaran - Utusan Malaysia

Rumah teres musnah akibat kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Okt. – Sebuah rumah teres yang didiami tujuh sekeluarga musnah dalam kebakaran di Jalan Pelanduk, Taman Suntex Batu 9, Cheras di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 7.15 malam itu, enam daripada mereka berada di rumah berkenaan terselamat namun tidak sempat membawa keluar barangan mereka ekoran api marak dengan cepat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussien Onn, Mohamad Akmal Mohamad Khairi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai kira-kira pukul 7.26 malam sebelum tiba ke lokasi beberapa minit kemudian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Operasi memadamkan kebakaran ini turut melibatkan beberapa Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang, BBP Bangi dan pasukan sukarela bomba dengan kawalan pihak polis.

“Siasatan awal mendapati punca kebakaran bermula dari dapur rumah berkenaan mengakibatkan rumah tersebut musnah 70 peratus,” katanya sambil memaklumkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini