Dua maut selepas makan laksa - Utusan Malaysia

Dua maut selepas makan laksa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK – Dua individu meninggal dunia dipercayai akibat keracunan makanan selepas menikmati hidangan laksa dari sebuah gerai di Kupang, Baling, Kedah pada Sabtu lalu dan kelmarin.

Mangsa, Abdul Rahim Abdul Manan, 28, dari Kampung Gerik di sini meninggal dunia pukul 8.15 malam, Sabtu lalu manakala seorang lagi, Raseah Ali Musa,70, maut pukul 9 malam kelmarin.

Bapa Abdul Rahim, Abdul Manan Abdul Hamid, 58, mendakwa, dia membeli tiga bungkus laksa dari sebuah kedai dan dijamah lima ahli keluar­ganya pada Jumaat lalu

Memuatkan artikel berkaitan…

Dakwanya lagi, selepas menikmati hidangan itu, empat ahli keluarganya termasuk dirinya mengalami simptom keracunan makanan iaitu cirit-birit.

“Kami sekeluarga pergi ke Hospital Gerik untuk mendapatkan rawatan namun kesihatan kami semakin teruk menyebabkan tiga ahli keluarga termasuk mangsa telah dimasukkan ke hospital.

“Keadaan anak lelaki saya itu semakin serius sebelum disahkan meninggal dunia di hospital,” katanya ketika ditemui pemberita ketika sedang menerima rawatan di Hospital Gerik di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini