Kutipan saman gagal capai sasaran - Utusan Malaysia

Kutipan saman gagal capai sasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Okt. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merekodkan jumlah kutipan saman sebanyak RM2 juta dalam kempen bayaran kompaun pada kadar istimewa bulan lalu.

Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata, jumlah tersebut tersasar jauh daripada jangkaan jumlah empat juta saman yang dikeluarkan.

“Kami menjangkakan kutipan sebanyak RM100 juta sepanjang kempen melibatkan saman terhadap motosikal, kereta dan kenderaan berat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tawaran yang diberikan pihak DBKL untuk menggalakkan orang ramai membayar kompaun pada harga istimewa bagaimanapun amat mengecewakan,” katanya.

Khalid berkata demikian ketika ditemui merasmikan ‘Deaf Run 2018’ di Dataran DBKL di sini hari ini.

Sementara itu, Khalid memberitahu, pihaknya berjaya membayar balik harga 10 bidang tanah daripada 97 transaksi pembelian Kementerian Wilayah ketika kerajaan terdahulu dengan jumlah RM120 juta manakala 23 lagi masih dalam rundingan. -UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini