Kemenangan Azan belum boleh diraikan - Mohd. Al-Faizal - Utusan Malaysia

Kemenangan Azan belum boleh diraikan – Mohd. Al-Faizal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 5 Okt.- Calon Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Terengganu, Mohd. Al-Faizal Amjed menyangkal telah tewas secara rasmi dalam pemilihan yang diadakan di sini hari ini.

MOHD. AL-FAIZAL
MOHD. AL-FAIZAL 

Beliau yang menuntut kiraan semula mengingatkan bahawa Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail masih belum boleh diisytiharkan secara muktamad berjaya mengekalkan kedudukan kerana terdapat 125 undi ragu.

“125 undi ragu itu terlalu tinggi dan saya percaya ia boleh mengubah keputusan (pemilihan) sekiranya diambil kira.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apatah lagi saya cuma tewas dengan majoriti 81 undi sahaja dengan Azan,” katanya pada sidang akhbar di sini malam ini.

Dalam saingan tiga penjuru, Azan yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar memperoleh 180 undi manakala Mohd. Al-Faizal (99 undi) dan Md. Shuhaimi Ismail (14 undi).

Mohd. Al-Faizal berkata, 125 undi ragu itu mewakili 29.9 peratus daripada 418 ahli yang telah mengundi.

Beliau mengakui telah menandatangani Borang 11 selepas mendapat jaminan daripada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) untuk melakukan kiraan semula undi termasuk melibatkan undi ragu.

“Saya berharap soal ini diambil perhatian oleh JPP untuk melakukan pengiraan semula bagi pemilihan jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Terengganu,” ujarnya.

Beliau memberi contoh keputusan pemilihan Ketua Cabang PKR Machang, Kelantan telah digantung setelah mendapati terdapat 41 undi ragu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini