Presiden Interpol hilang? - Utusan Malaysia

Presiden Interpol hilang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 5 Okt. – Polis Perancis membuka kertas siasatan berhubung lokasi terkini presiden agensi kerjasama polis antarabangsa Interpol yang didakwa tidak dapat dikesan selepas beliau selepas mengunjungi negara asalnya, China pada minggu lalu.

Siasatan itu dijalankan selepas isteri Meng Hongwei melaporkan kehilangannya.

Isterinya menghubungi polis di Lyon iaitu lokasi ibu pejabat agensi tersebut selepas tidak menghubungi Hongwei sejak beliau pergi ke China pada 29 September lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perkembangan mengenai siasatan itu juga mula dilaporkan oleh radio Perancis, Europe 1.

Bagaimanapun, usaha menghubungi jurucakap Interpol setakat ini belum berjaya.

Hongwei sebelum ini pernah memegang beberapa jawatan kanan di China termasuk Timbalan Menteri Keselamatan Awam dan beliau dilantik sebagai Presiden Interpol pada 2016. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini