PUTRAJAYA 5 Okt. – Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Dzulkifli Fadzilah sebagai Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNS) yang baharu menggantikan Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee.
Menurut kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri, pelantikan Dzulkifli akan berkuat kuasa pada 15 Oktober ini.
“Dzulkifli mempunyai ijazah perakaunan dari California State University dan sarjana kewangan dari Golden Gate University, San Francisco, Amerika Syarikat (AS),” kata kenyataan itu di sini hari ini.
Jelas kenyataan itu lagi, Dzulkifli pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dari tahun 2011 hingga ke 2017 selain merupakan ahli jawatankuasa Skim Penyelesaian Hutang Kecil di Bank Negara Malaysia. – UTUSAN ONLINE











