KUALA LUMPUR 5 Okt. – Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong terkejut dan mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berkata Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) bukan kerajaan apabila syarikat milik Khazanah dikaitkan dengan projek kereta nasional ketiga.
“Setahu saya, sepanjang pemerintahan, Barisan Nasional (BN) tidak pernah menjual Khazanah kepada pihak swasta. Sejak bila Khazanah menjadi milik swasta di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH)?,” katanya menerusi status dalam akaun Facebook beliau hari ini.
Ka Siong turut mempersoalkan sekiranya Khazanah bukan kerajaan, mengapa Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membangkitkan mengenai pelaburan Khazanah dalam syarikat menjual pakaian dalam wanita, di Dewan Rakyat sebelum ini.
Beliau turut melontarkan persoalan adakah kenyataan bahawa Khazanah bukan kerajaan itu merupakan pendirian bersama semua parti komponen PH atau sekadar pendapat peribadi Dr. Mahathir .-UTUSAN ONLINE











