Chee Yuen pernah sumbang tulisan kepada Utusan Malaysia - Utusan Malaysia

Chee Yuen pernah sumbang tulisan kepada Utusan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 5 Okt. – Calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Kan Chee Yuen pernah menyumbang tulisan secara aktif kepada Utusan Malaysia.

Beliau yang dibesarkan di Pulau Pinang rajin mengirimkan artikel untuk ruangan Pendapat Bukan Melayu yang pernah disiarkan dalam Utusan Malaysia sekitar 1990-an.

“Sekarang, ruangan itu tiada lagi. Saya harap Utusan Malaysia dapat mewujudkannya semula,” katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar bagi membentangkan manifestonya di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, Chee Yuen turut mengetengahkan cadangan penubuhan badan yang bakal dinamakan Gabungan Calon-calon Bebas (ICA) dalam manifestonya,

Walaupun beliau tidak dapat mengukur sejauh mana tahap penolakan atau penerimaan rakyat terhadap politik kepartian, Chee Yuen percaya generasi muda pada masa ini lebih banyak menerima pendedahan tentang amalan politik profesional seperti dilaksanakan di negara-negara lain.

“Orang muda sekarang ini, bila lihat cara kita berpolitik, (mereka) sudah malas hendak dengar kerana tiada apa-apa yang baharu.

“Saya rasa kuasa ketiga ini lebih menarik bagi golongan baharu yang profesional,” jelasnya.

Ketika ditanya tentang kemungkinan untuk menang, Chee Yuen mengakui peluangnya hanya lima peratus.

“Saya tahu apa risiko, peluang saya menang atau kalah. Kalau saya kalah, saya enjoylah benda ni,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini