Anak sulung Bob Lokman meninggal dunia - Utusan Malaysia

Anak sulung Bob Lokman meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Anak sulung pelakon terkenal, Bob Lokman iaitu Mohamad Adam, disahkan telah meninggal dunia pada pukul 1 pagi tadi selepas pengsan di rumahnya di Sungai Buloh.

Berita sedih berkenaan dikongsi Bob atau nama sebenarnya Mohd. Hakim Lokman, 54, menerusi laman Facebook miliknya.

“Memaklumkan bahawa anak sulung saya, Mohd. Adam baru sahaja kembali ke rahmatullah,” tulisnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan sebelum ini Adam yang berusia 25 tahun pernah mempunyai sejarah ketumbuhan dalam otak.

Bagaimanapun, ketumbuhan berkenaan sudah dibuang ketika berusia 8 tahun. Penyakitnya itu juga membuatkan dia kerap pengsan.

Jenazah akan disolatkan di Masjid Al-Hikmah, Kuang, dan dijangka kebumi selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Batu 20, Kuang, Sungai Buloh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini