Arsenal kekal aksi tanpa kalah Liga Europa - Utusan Malaysia

Arsenal kekal aksi tanpa kalah Liga Europa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 5 Okt. – Arsenal meraih kemenangan bergaya 3-0 ketika menewaskan FK Qarabag dalam aksi Liga Europa Kumpulan E awal pagi tadi.

Gol Arsenal dalam perlawanan tersebut dijaringkan Sokratis Papastathopoulos seawal minit keempat sebelum Emile Smith-Rowe menambah jaringan kedua ketika separuh masa kedua pada minit ke-53 dan Matteo Guendouzi melengkapkan tiga jaringan Gunners sewaktu minit ke-79.

Kemenangan Gunners kini membolehkan kelab Liga Perdana Inggeris itu berada di tangga teratas Kumpulan E dengan kelebihan jaringan dan berkongsi enam mata bersama pasukan di kedudukan kedua Sporting CP selepas dua perlawanan berlangsung. – AGENSI

Memuatkan artikel berkaitan…

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini