Anwar lebih dominan fasa awal kempen - Utusan Malaysia

Anwar lebih dominan fasa awal kempen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMPEN Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson yang memasuki hari keenam semalam menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendahului pesaing-pesaingnya dalam banyak perkara.

Calon Pakatan Harapan (PH) itu berada di hadapan dari segi perang poster, perang siber dan penganjuran program serta ceramah.

Poster yang memaparkan gambar Anwar serta ben­dera PH banyak kelihatan di sekitar kawasan tumpuan orang ramai di Port Dickson, manakala bendera Pas setakat ini, dipasang di lokasi berhampiran markasnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain Stevie Chan Ken Leong, poster calon-calon Bebas lain seperti Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Kan Chee Yuen serta Lau Seck Yan masih belum nampak bayang. Mungkin mereka menunggu sehingga minggu depan untuk memasangnya.

Anwar juga mempunyai jumlah pengikut yang ramai dalam media sosial di mana laman Facebook rasminya mempunyai hampir 1.8 juta pengikut diikuti Twitter (1.2 juta pengikut) dan Instagram (256,000 pengikut).

Saingan terdekat Presiden PKR itu dalam perang siber mungkin Stevie Chan yang mempunyai lebih 8,000 pengikut akaun Twitter miliknya.

Rakaman video ceramah Anwar yang disiarkan dalam Utusan Online juga menca­tatkan jumlah tontonan yang tinggi. Contohnya, rakaman ceramahnya di Kampung Arab, Port Dickson malam Selasa lalu ditonton seba­nyak 52,000 kali.

Setakat ini, Anwar juga paling aktif mengadakan program turun padang bertemu masyarakat serta ceramah di lokasi-lokasi strategik setiap hari berkempen diikuti oleh calon Pas, Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar.

Walaupun populariti bukan kayu pengukur yang tepat dalam menentukan siapakah yang bakal menjadi Ahli Parlimen Port Dickson yang baharu, faktor tersebut berupaya mempengaruhi pengundi ketika mereka membuat pilihan pada 13 Oktober ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini