[VIDEO] Mangsa lemas dikebumikan malam ini - Utusan Malaysia

[VIDEO] Mangsa lemas dikebumikan malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG 4 Okt. – Jenazah mangsa lemas, Muhammad Ilham Fahmy Mohammad Azzam, 17, dijangka akan dikebumikan sebentar lagi di Tanah Perkuburan Putra Perdana, di Puchong.


Video oleh NAIMAH MOHD.

Bapanya, Mohammad Azzam Naim, 46, berkata, walaupun sedih dia tetap bersyukur anaknya ditemui dan jasadnya dalam keadaan baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Taman Putra Perdana sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam taman yang sama malam ini juga.

“Jenazah masih dibedah siasat dan semuanya dijangka selesai selepas pukul 12 malam,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Serdang, di sini sebentar tadi.

Sementara itu, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) yang juga Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin menyeru netizen supaya menghentikan kecaman terhadap keluarga mangsa.

“Ini bukan masanya untuk kita menyalahkan mana-mana pihak, kerana ia adalah qada’ dan qadar.

“Apa yang perlu kita buat sekarang adalah meneliti semula prosedur standard operasi sedia ada supaya dapat ditambah baik agar kejadian seumpama ini dapat dielakkan dimasa depan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat ahli keluarga mangsa di sini.

Semalam, enam anggota bomba daripada Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) ditemukan maut dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di sebuah lombong berhampiran Taman Putra Perdana, Puchong.

Dalam kejadian pada pukul 9 malam itu, empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang iaitu Mohd Fatah Hashim, 34, Izatul Akma Wan Ibrahim, 32, Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24, serta dua anggota dari BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, dilaporkan lemas akibat dibawa arus deras. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini