Anggota bomba lemas: Muhammad Hifdzul tinggalkan pesanan dalam laman sosial - Utusan Malaysia

Anggota bomba lemas: Muhammad Hifdzul tinggalkan pesanan dalam laman sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS – Allahyarham Muhammad Hifdzul Malik Shaari, anggota bomba yang terkorban dalam tragedi di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong malam tadi seakan sudah mengetahui beliau akan meninggalkan keluarga tersayang buat selama-lamanya.

Allahyarham telah memuatkan status di aplikasi WhatsApp dengan ayat “Manusia Mati Meninggalkan Jasa, Haiwan Mati Meninggalkan Rangka”, kata sepupunya, Mohd. Hafrawi Fauzi, 22, ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Kubang Terap di sini hari ini.

Menurut Mohd. Hafrawi, status yang diletakkan oleh Muhammad Hifdzul, 25, itu agak pelik walaupun tidak ramai yang menyedarinya termasuk saudara mara yang lain malah hanya disedari malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, Allahyarham memang seorang yang periang dan mesra dengan anggota keluarga dan sepupu-sepupunya yang lain kerana rapat sejak dari kecil.

Mohd. Hafrawi berkata, Allahyarham memang seorang anak yang baik dan berbakti kepada keluarga malah akan pulang ke kampung halaman setiap kali diberikan pelepasan. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini