Mangsa lemas di lombong mula memancing sejak bulan lalu - Utusan Malaysia

Mangsa lemas di lombong mula memancing sejak bulan lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUCHONG – Mangsa tragedi lemas di lombong, Mohd. Ilham  Fahmi Mohd. Azam,17, mula berminat untuk memancing sejak sebulan lalu sebelum dia hilang dalam kejadian lemas semalam.

Menurut ibu saudara mangsa, Norziana Saidin, 39, difahamkan dia keluar bersama-sama rakannya untuk memancing di lombong tersebut di Taman Putra Perdana di sini.

“Sebelum ini, Mohd. Ilham biasanya hanya bermain bola sepak di padang berhampiran tetapi sejak akhir-akhir ini dia mula pergi memancing bersama rakan-rakannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semalam dia (mangsa) memaklumkan kepada ibunya iaitu kakak saya untuk keluar memancing pada pukul 5 petang dan ibunya menerima panggilan menyatakan dia jatuh lombong pada pukul 6 petang,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Ibu mangsa, Che Rosmilawati Saidin, 45, yang turut berada di samping Norziana kelihatan sebak dan enggan ditemu bual oleh pihak media.

Norziana menambah, kali terakhir ibunya berjumpa Mohd. Ilham adalah pada Hari Raya Aidilfitri pada Jun lalu.

“Dia beritahu ibunya dia nak keluar memancing dengan kawan-kawannya dan ketika itu hujan mula turun.

“Pada masa kini, kami sekeluarga masih menunggu di sini untuk perkembangan selanjutnya sejak pukul 1 pagi tadi,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini