Suspek bunuh ibu disambung reman hingga 9 Oktober - Utusan Malaysia

Suspek bunuh ibu disambung reman hingga 9 Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU 2 Okt. – Suspek yang didakwa membunuh ibunya sebelum menyorokkan mayat warga emas itu ke dalam tangki najis di Kampung Sungai Burung di sini 19 September lalu disambung reman seminggu lagi.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati bermula hari ini sehingga Selasa depan.

Terdahulu, suspek yang berbaju ungu tiba di pekarangan mahkamah di sini kira-kira pukul 8.40 pagi dengan diiringi anggota polis.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian tersebut, mayat mangsa, Faridah Hashim, 63, dijumpai menantu lelakinya dalam tangki najis di belakang rumah mereka dalam keadaan menyayat hati lima hari selepas dilaporkan hilang iaitu pada 19 September.

Susulan penemuan mayat Faridah, polis berjaya menahan anak lelaki mangsa yang juga suspek utama kes yang menghilangkan diri selepas kejadian itu di Jalan Air Putih, di sini kira-kira pukul 8.45 pagi 25 September lalu.

Terdahulu, suspek yang juga anak bongsu daripada lima beradik itu telah dikenakan perintah reman selama satu minggu bermula 26 September lalu hingga hari ini.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini