Curi motosikal, dua diberkas dan dua diburu - Utusan Malaysia

Curi motosikal, dua diberkas dan dua diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 2 Okt. – Polis berjaya menahan dua suspek curi motosikal dalam serbuan di Kampung Semariang Baru di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, tangkapan dua lelaki tersebut dibuat pasukan rondaan Balai Polis Gita dengan kerjasama Biro Keselamatan Kampung Semariang Batu.

“Tangkapan suspek berusia 20 hingga 40 tahun itu juga berjaya merampas sebuah motosikal curi yang digunakan untuk mengutip besi buruk.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Motosikal curi itu dilaporkan hilang pada 24 November 2016 di hadapan Jalan Tun Abdul Rahman, Petra Jaya yang bernilai sekitar RM3,500,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini sebentar tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, soal siasat mendapati terdapat dua lagi rakan jenayah suspek yang masih bebas.

“Usaha mengesan mereka sedang dijalankan dan diharap anggota masyarakat dapat bekerjasama memberikan sebarang maklumat berkaitan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini