Othman Omar dilantik Pengarah FGV - Utusan Malaysia

Othman Omar dilantik Pengarah FGV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Okt. – FGV Holdings Bhd. melantik Datuk Dr. Othman Omar sebagai pe­ngarah baharu berkuat kuasa hari ini susulan rombakan kumpulan itu.

AB. GHANI

Menurut FGV, Datuk Ab. Ghani Mohd. Ali pula te­lah mengemukakan peletakan jawatannya sebagai pengarah pada hari sama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, Datuk Muzzammil Mohd. Nor juga meletak jawatan kerana beliau adalah pengarah alternatif kepada Ab Ghani,” jelas FGV dalam makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.

Othman merupakan Pe­ngerusi Eksekutif Kumpulan KL Entrepreneur Experience Sdn. Bhd. (Klex) dan anak-anak syarikat kumpulan Klex lain.

Beliau juga adalah Pre­siden Empire Business Club; Pengerusi Eksekutif KLIX Academy Sdn. Bhd. dan pengasas bersama deeds.com.my.

Selain itu, Othman juga meme­gang jawatan ahli lembaga University Institute of International and European Studies (UNIES) Asia Tenggara.

Dalam pada itu, Ab Ghani adalah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Ekonomi) Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dari 2015-2017 dan ketua pengarah dari 2017-2018.

Muzzammil pula merupakan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Felda sejak 2015.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini