Jerman dipilih tuan rumah Euro 2024 - Utusan Malaysia

Jerman dipilih tuan rumah Euro 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NYON, Switzerland 28 Sept. – Jerman memenangi bidaan menjadi tuan rumah Euro 2024 selepas meraih undian tertinggu berbanding Turki dalam majlis yang berlangsung hari ini.

Keputusan diumumkan Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Aleksander Ceferin dalam masa sama ia menjadi kekecewaan paling menyakitkan buat Turki yang sebelum ini turut gagal terpi­lih menganjurkan kejohanan berprestij peringkat Eropah itu pada 2008, 2012 dan 2016.

“Proses yang dijalankan adalah telus, undi dibuat menerusi proses demokrasi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bukan itu sahaja, setiap keputusan berdasarkan demokrasi adalah keputusan yang tepat,” kata Ceferin.

Jerman yang sebelum ini pernah menjadi tuan rumah kejohanan berkenaan ketika dikenali sebagai Jerman Barat pada 1988, meraih undi tertinggi dalam kalangan 17 ahli jawatankuasa eksekutif UEFA.

Dalam pada itu, bekas kap­ten Jerman, Philipp Lahm yang dilantik sebagai duta bagi membida hak menjadi tuan rumah, berkata, kemudahan stadium bola sepak yang terbaik dimiliki negara­nya membolehkan ia dinikmati bersama sepanjang Euro 2024 berlangsung.

“Kami mempunyai stadium menakjubkan, peminat yang sayang terhadap bola sepak.

“Paling penting kami mempunyai rakyat yang mahu meraikannya bersama negara Eropah yang lain,” katanya. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini