Angkara semut Charlie - Utusan Malaysia

Angkara semut Charlie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 28 Sept. – Dua anak anggota polis yang bertugas di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan dekat sini mengalami luka di bahagian muka dan badan akibat digigit semut Charlie di perumahan polis IPD Pekan di sini, Sabtu lalu.

Kanak-kanak tersebut ialah Adriella Angel Stenley, 2, dan Muhammad Iffat Iskandar Mohd. Babuddin yang berusia 11 bulan.

Gambar kanak-kanak berkenaan iaitu Adriella Angel yang luka di muka akibat digigit semut itu turut tular dalam laman media sosial.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ibu Muhammad Iffat Iskandar, Nurul Hazirah Zainol berkata, kejadian berlaku pada pukul 12 tengah malam Sabtu lalu di perumahan itu.

“Sebelum anak saya digigit, semut ini memang ada terbang masuk ke dalam rumah iaitu tujuh ekor antara pukul 8 malam sehingga 12 tengah malam dan suami saya membunuhnya.

“Kemungkinan serangga ini terbang dari kawasan hutan di belakang perumahan kami ini,” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Nurul Hazirah berkata, gambar yang tular dalam laman media sosial itu bukan gambar Muhammad Iffat Iskandar sebaliknya gambar Adriella Angel yang merupakan anak jirannya.

“Anak saya hanya mengalami gatal di bahagian muka dan badan berbanding Adriella Angel seperti gambar yang tular itu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini