Sindiket proses arak tiruan tumpas - Utusan Malaysia

Sindiket proses arak tiruan tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan sindiket pemprosesan arak tiruan hasil serbuan di sebuah rumah di Taman Klang Utama di sini, Rabu lalu.

Dalam serbuan pukul 12.30 pagi itu, JKDM turut menahan seorang lelaki berusia 63 tahun.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T. Subromaniam berkata, kejayaan itu hasil maklumat daripada 220 serbuan ke atas premis menjual arak di sekitar Lembah Klang susulan kes keracunan methanol.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, pemeriksaan di rumah tersebut menemui pelbagai jenama seperti Mandalay, Club 99, Grand Royal dan Kapak.

“Kita turut menjumpai beberapa tong dipercayai mengandungi methanol dan perisa brandy serta alat-alat pembotolan arak terbabit.

“Selain itu, turut dirampas adalah bir-bir berjenama KingFisher dan Marten yang disyaki belum mendapat kelulusan Kastam,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Kastam sebentar tadi.

Turut hadir Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor.

Beliau menambah, hasil keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak 1,966 liter melibatkan nilai termasuk cukai berjumlah RM260,090.

Jelas Subromaniam, hasil siasatan mendapati modus operandi sindiket tersebut adalah menjadikan kawasan perumahan awam sebagai lokasi pemprosesan arak bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Arak-arak tiruan itu kemudiannya dijual di sekitar pasaran Lembah Klang menyasarkan warga asing yang bekerja di negara ini,” katanya.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 74 (1) Akta Eksais (Akta 176) 1976. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini